JOM IKOT

Tuesday, March 22, 2011

PEMAIN MUZIK JALANAN YANG BUTA DAN HANTU


di sebuah bandaraya yang sesak dan terdapat pelbagai pencemaran bunyi serta udara, terdapat satu laluan pejalan kaki yang sentiasa sesak dengan manusia. laluan itu tidak pernah sunyi. di laluan itu lah seorang pakcik tua berjanggut lebat itu sering memainkan alat muzik nya. dia tidak keseorangan, bertemankan isterinya yang setia bersama walaupun dalam keadaan susah dan senang. pakcik Zakaria ataupun lebih mesra dipanggil pakcik Z memulakan rutin hariannya dari jam 0800 pagi hingga jam 2300 malam. mencari rezeki bersama isteri tersayang sejak 4tahun lalu. kerjanya nampak mudah, hanya menghiburkan pejalan kaki yang tidak pernah putus lalu lalang di laluan itu.

pakcik Z tidak mengharapkan setiap orang yang lalu disitu untuk menghulurkan sedikit sumbangan untuknya. tetapi niatnya untuk mencari rezeki hanya kerana ALLAH. tetapi penglihatan beliau serta isterinya tidak sama seperti manusia normal. pakcik Z mengalami kecederaan di mata ketika kelahirannya dan doktor mengesahkan pakcik Z mengalami cacat kekal iaitu BUTA. isterinya Normah atau lebih mesra dengan panggilan Cik Mah, mengalami cacat kekal itu sewaktu umur 8bulan. dia mengalami demam panas dan doktor juga mengesahkan penglihatannya BUTA.

Itu semua sedikit pun tidak menghalang Pakcik Z dan Cik Mah untuk mencari rezeki. setiap hari jirannya akan menghantar mereka di laluan pejalan kaki itu. setiap kali ingin mendendangkan lagu, lagu yang pertama beliau dendangkan pastinya SUCI DALAM DEBU. dan setiap nyanyian itu akan diselangi dengan tangisan, beliau menyanyikan lagu tersebut untuk isteri kesayangannya, Normah.

setiap hari, pasti akan ada kecurian di dalam mangkuk kesayangannya. tetapi apakan daya, dia tidak mampu melihat. lantas dia menganggap bahawa "hantu" yang mencuri duitnya. sering kali Cik Mah mengeluh dengan pencuri tersebut dan mengadu kepada pakcik Z. Pakcik Z sempat bergurau dengan isteri kesayangannya "alah mah, toyol pun nak cari makan jugak". mereka ketawa bersama sambil Cik Mah memeluk erat tangan pakcik Z sambil berjalan ke perhentian bas untuk menunggu jirannya ambil dibawa pulang ke rumah.

pada suatu hari, rutin harian pakcik Z dan cik mah berjalan seperti biasa tetapi berbeza sedikit pada waktu malamnya. sedang dia menyanyi dia terdengar suara orang menjerit. "oi pencuri jangan lari!!!". dengan tenang pakcik Z bertanya kepada cik mah. "mah mah, toyol lari laju ke?". cik mah ketawa halus. "abang, saya pun tak pernah tengok toyol. mana lah saya tahu". sedikit kerisauan tidak terpancar di wajah mereka kerana mereka sudah biasa dengan perkara seperti itu. tiba-tiba pakcik Z terdengar seorang lelaki muda bercakap dengannya. "pakcik, dia ni curi duit pakcik". pakcik Z tenang lalu cuba menatap wajah pencuri itu dengan jari-jemarinya yang sedikit kasar. pakcik Z tidak melakukan apa-apa kepada pencuri tersebut tetapi hanya memberi pesanan sahaja. "anak, lain kali jangan jadi toyol tau. ALLAH nampak". pakcik Z tersenyum sahaja. pencuri tersebut memulangkan semula duit yang dicurinya. pakcik Z mengambil duit yang sedikit licin iaitu RM5 dan diberikan kepada pencuri tersebut dan berkata "anak, duit ni nanti buat makan ye?". pencuri tersebut merasa sangat sebak, dia nekad pada esok hari dan sampai bila-bila dia akan jaga pakcik Z dan cik mah dari gangguan pencuri. dia sangat terhutang budi kepada pakcik Z.

2tahun sudah berlalu. sekarang,laluan itu sudahpun sunyi sepi. pakcik Z serta isterinya telahpun meninggal dunia akibat dilanggar kenderaan sewaktu mereka melintas. laluan itu kini sepi, tiada lagi alunan muzik yang lunak. tiada lagi nyanyian untuk isterinya, tetapi cinta mereka hingga ke pintu syurga. InsyaALLAH.

11 ,382 comments:

CiK GorGeouS ! said...

oh shuk !! nice story...Lame tak menuLis yek =)

XIX Dragunov said...

best cite ni~ sedih kejap

CIk Qaseh Adriane said...

last sedih

hakeem kira said...

gua bagi 5 bintang je untuk entri ni . tak leh banyak2 sebab markah penuh pon 5 bintang je . nice

~Anis Aisyah~ said...

citer ni menarik ok.. sile buat citer antu plak.. -.-"

lavender harum wangi said...

eee, apsal toyol tu tak tolong pakcik Z dgn cik mah melintas.. hantu punya toyol~ >.<

Blogmerah said...

alaa..sad story..sedey r ceni...

Chuck said...

toyol dapat rm5 je? macam mana nak beli roti telur banjir 2? HAHAHA

Amiey White said...

lama shuk x menulis ^^

mariea said...

tak perlu jadi sempurna untuk mulia kan...

AkuMuzikFilem said...

melankolik..sayu..