JOM IKOT

Tuesday, February 8, 2011

kakiSOSIAL

macam biasa, harini aku kerja pukul 3 petang sampai pukul 11 malam. kerja nampak mudah tapi hakikatnya tidak. aku kerja sebagai tukang masak, tapi kerja aku bukan memasak sahaja. kadang-kadang aku potong sayur. kadang-kadang aku potong ayam.

lepas selesai semua kerja,aku lantas pulang ke rumah. aku sempat berangan di atas motosikal capok ku ketika dalam perjalanan pulang, bilakah nasib aku akan berubah. tetapi ianya tidak akan berubah jika aku tidak berusaha. setiap hari aku memikirkan tentangnya. sampai sahaja dirumah, aku terus tanggalkan pakaian ku dan membersihkan diri.

hari-hariku sentiasa di ulang dengan benda yang sama. aku bosan. setelah selesai membersihkan diri lalu aku terus melayari laman SOSIAL facebook. aku berjumpa rakan-rakanku secara maya. malamku menjadi siang manakala siangku menjadi malam. ibu dan ayahku sering bising jika aku bangun lambat, aku penat. terkadang itu aku terfikirkan bagaimana ayahku boleh bangun pukul 10 pagi sedangkan dia balik kerja pukul 4 pagi. aku cuba untuk mengikut rentaknya. namun aku gagal.

ibu pernah mengatakan kepada aku. "kau jangan sampai ayah pecahkan laptop kau" . aku buat tak tau sebab aku tak percaya. aku pergi kerja macam biasa dan kehidupan seharian aku berjalan seperti selalu. kerja, balik, facebook, bangun lambat.

tetapi kali ini berbeza, pukul 10 aku sudah dijeritkan untuk bangun dari tidur. ayah aku yang kejut. dia jerit. aku terkejut, lantas dia berkata. "jangan sampai ayah hempas laptop kau". daripada aku terbaring mamai, terus aku duduk dan mataku lantas segar. ayat itu keluar sendiri dari mulut ayahku. dia kesal dengan sikapku. aku menangis sendirian di dalam bilik ku. aku tidak tahu apa harus aku lakukan. aku bangun awal tapi aku tak kerja harini.


pukul 3 aku keluar rumah, pergi angsana. jalan sorang-sorang dan tengok gelagat orang ramai. aku menyesal dan aku sedih kerana menjadi anak yang tidak berguna kepada kedua ibu bapaku. sedang aku minum secawan air soya, ternampak aku seorang ayah menolak troli pusat membeli belah itu sambil melihat anaknya di dalam troli itu. ayah itu duduk di kerusi di kawasan "food court". aku melihat gelagat mereka, comel. lama kelamaan aku lihat anak kecil itu tertidur dan kepalanye condong sedikit. ayahnya menahan supaya kepala anaknya tidak bersandar di besi troli tersebut. lama ayahnya menahan, lebih kurang setengah jam. lantas si ayah menanggalkan topi di kepalanya lantas mengalaskan kepala anaknya. pengorbanan seorang ayah. air mataku bertakung, aku tahan.

aku terus beralih pandangan dan berjalan ke tempat lain, pengorbanan ayah dan ibu ku selama ini sangat lah besar. aku tekad aku akan cuba sedaya upaya untuk mengubah nasib keluarga ku walaupun sebelum ini aku sudah banyak kali menghampakan mereka. aku akan cuba kurangkan berSOSIAL di facebook. aku akan cari kerja lain. dan sejak dari hari itu aku sedar, berSOSIAL mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan.

"SOSIAL ADALAH SATU KEMAHUAN DAN BUKAN SATU KEPERLUAN"

14 ,382 comments:

Amiey White said...

sosial ada had nya shuk btw kerja baik2 okay shuk , kami faham shuk bz , penat :)

Chuck said...

Gua faham. Gua kawan lu. Gua kenal lu. Lu suka roti telur banjir 2.

nub said...

entry ang syiokk. lau aku,aku layan gila baca...

Shidy said...

sebiji entry yg mempunyai maksud tersirat yg sangat mendalam...

lavender harum wangi said...

dah2 pegi deactivate fesbuk tu cpt~ :D

SHUKRI SALIM said...

amiey: thanks amiey. tsk tsk tsk. seharian penat bekerja smpai ngadap fb pn tertidur. tak sempat nak update belog.

SHUKRI SALIM said...

chuck: itu dulu, sekarang gua order roti kosong je. roti telur banyak lemak ah. HAHAHA

SHUKRI SALIM said...

nub: sadis aku baca komen kau. tsk tsk tsk.

SHUKRI SALIM said...

shidy: ade dalam kaki jugak dalamnye tuh. hahahaha

SHUKRI SALIM said...

ika: tak boleh. kakiBLOGGER dihatiku. HAHAHAHAHA

Shafiza said...

Sedeyh ah entry ni....
Pengorbanan seorg ayah tu mmg menusuk kalbu gak.
Huuu ayah~

+d.O.Y.A.h+ said...

go go shuk! :)

Budak Giler Cadbury said...

entri yg sgt2 menarik :) good job shukri :)

Me3raD mYraD said...

apekah saye perLu terase ?? *giggLes*