JOM IKOT

Monday, November 15, 2010

selamat hari raya aidil adha

pada 17.11.2010 kita akan menyambut hari raya aidiladha. dengan kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat melapah daging lembu kepada semua. aku tak boleh nak lapah lembu sebab aku tau lapah ayam je. haha. teringin jugak rasanya nak beraya bersama yang tersayang, haih~ bile la aku nak kawen ni. haha. aku ni tak boleh tengok orang sembelih lembu. nanti aku kesian kat lembu tuh. orang cakap kalau kesian tengok lembu kene sembelih,tak boleh makan daging dia. minum boleh perhaps. haha. so,aku mencari jawapan tentang"kesian kat lembu" ni kat internet. tapi takde. so kat sini aku share serba sedikit mengenai penyembelihan lembu.

* Waktu perlaksanaan ibadah korban.
Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat Hari Raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga akhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari selepas solat Hari Raya Aidiladha. Oleh itu, penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

* Haiwan korban tersebut tidak memiliki kecacatan.
Hendaklah dipastikan haiwan yang hendak dikorbankan itu adalah dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain.

* Tidak menggunting rambut dan memotong kuku.
Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak dari 1 Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah tersebut.

* Seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
Jabir r.a berkata: Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah ketika di Hudaibiah. Seekor unta untuk tujuh orang dan menyembelih lembu untuk tujuh orang bersama-bersama Rasulullah. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya no: 1318).

* Boleh berkorban untuk diri sendiri serta ahli keluarganya.
Seseorang dibenarkan berkorban dan berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian daripada tujuh bahagian itu.

* Ibadah korban dilaksanakan di musolla.
Disunatkan melaksanakan ibadah korban di tanah lapang yang digunakan untuk mengerjakan solat Aidiladha (musolla) demi memperlihatkan syiar Islam.

* Sunat menyembelih sendiri haiwan korban.
Sunah dan afdal mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban tersebut agar menyembelih haiwan korbannya dengan tangannya sendiri.

* Menyembelih haiwan korban mengikut sunah.
Hendaklah menyembelih haiwan korban menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta-merta.

* Daging korban tersebut boleh dimakan, disedekah dan dihadiahkan.Sunat bagi keluarga yang melakukan ibadah korban turut memakan sebahagian daging, men
ghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan menyedekahkan sebahagian yang lain. Malah, mereka juga boleh menyimpan daging tersebut.

* Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban.
Sudah menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah.

* Tidak boleh berkongsi haiwan korban bagi ibadah korban dan akikah.
Ada segelintir umat Islam yang menggabungkan ibadah korban dan akikah dengan menggunakan formula dua dalam satu.
ok,orang semua kalau raya mesti berkumpul dengan sanak saudara mahu dekat ataupun jauh. tapi tidak aku, aku terpaksa mengadap ayam-ayam untuk dimasak. kene keje la plak,haih~ tapi takpe,keje time raya gaji berbaloi skit. skit pn jaaaadilah. aku tau chuck mesti tak berapa minat nak baca entry aku kali nieh. HAHAHA. ingat lagi kalau dulu-dulu time kecik-kecik aku ngan sepupu-sepupu aku lepas smayang raya mesti gi tengok orang sembelih lembu,aku pergi je tapi tak tengok pun. haha. aku rndu untuk berkumpul dengan sanak saudara aku semua skali. tapi apakan daya. masing-masing tak dapat cuti. mak bapak aku je yang balik kampung. then, aku sorang-sorang kat rumah. bile sorang-sorang kat rumah ni macam-macam bunyi plak aku dengar. haha.

kepada fatin lyana rahimi,selamat menghadapi peperiksaan nanti. saya sgt rindukan awak, tapi awak taknak kena kacau perhaps. so,xpelah sy faham. selalunya setiap malam kita skype. haih~ (sedih). semoga awak dapat menjawab soalan exam nanti. good luck baby!!

p/s: selamat hari raya aidil adha kepada seluruh umat islam.
daripada shukri dan isteri (fatin lyana) sekeluarga.

3 ,382 comments:

zOuL_iMMe said...

selamat hari raya aidiladha...
daripada saya, zoul dan rozita cik wan sekeluarga....

SHUKRI SALIM said...

rozita cik wan?
MANTOP LAAAHH!!!
hahahahahhahaa

babylyana said...

thanks sayang.i miss you too.a lott.sabar keyh. (ok,sbr) ^^ janganlah sedih.by ada dgn syg. <3