JOM IKOT

Thursday, November 25, 2010

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitahu Lelaki


pumpang-pumpang bak kate arep. harituh aku update pasal 20 perkara perempuan tidak suka pada lelaki , hari ini aku up lagi 10. ini bukan kes xsempat sebab ninggal excident ke bisu ke ape ke, bukan! ini lebih kepada apa yang perempuan sorokkan pada lelaki. haa mcm tuh la kurang lebih tambah garam. aku malas nak cite banyak so kepada awek-awek di luar sane,lu orang da tak bole nak semunyik-semunyik lagi. haha. cekidawt!

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akanmenjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan denganpersahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa&lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-matanak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprisebuatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

habis sudah kesemua tiga puluh perkara. ingat lima perkara sebelum lima perkara. itu lagu raihan,bukan lagu raihah ok. so,pasni korang-korang sume blh amik iktibar dari apa yang korang bace nih. aku pn sentap gak bile bace. hahaha. so kpd fatin lyana a.k.a my future wife,sy akan cuba berubah dan mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa. zoul jangan buat point ok,kalau tak siap kau.

p/s: rase rindu sangat nak date ngan awek aku nieh. haih~

9 ,382 comments:

ariph™ said...

zombi mmg pantang org jiwang2 ni. haha

+d.O.Y.A.h+ said...

ahaksss. pesanan ko kt bawah tu mmg takleh blahhh :P
fatin liyana ek? hihih

SHUKRI SALIM said...

arep: zoul jeles kot. ngiahahahaha.

SHUKRI SALIM said...

doyah: fatin lyana tuh kekasih aku. fuhh!! kekasih seyhh.. da mcm 80'an dah. AHAHAHAHHA

miss miera said...

ok,dah follow blog awak...awak follow saya balik k...hee :))

zOuL_iMMe said...

celaka la arep... gua jugak kena...

SHUKRI SALIM said...

miera: thanks follow~

SHUKRI SALIM said...

zoul: sian kau asik kene bahan ngan arep. HAHAHAHAH

muyukerukatika said...

ye itu memang seorang naluri perempuan