JOM IKOT

Tuesday, March 22, 2011

PEMAIN MUZIK JALANAN YANG BUTA DAN HANTU


di sebuah bandaraya yang sesak dan terdapat pelbagai pencemaran bunyi serta udara, terdapat satu laluan pejalan kaki yang sentiasa sesak dengan manusia. laluan itu tidak pernah sunyi. di laluan itu lah seorang pakcik tua berjanggut lebat itu sering memainkan alat muzik nya. dia tidak keseorangan, bertemankan isterinya yang setia bersama walaupun dalam keadaan susah dan senang. pakcik Zakaria ataupun lebih mesra dipanggil pakcik Z memulakan rutin hariannya dari jam 0800 pagi hingga jam 2300 malam. mencari rezeki bersama isteri tersayang sejak 4tahun lalu. kerjanya nampak mudah, hanya menghiburkan pejalan kaki yang tidak pernah putus lalu lalang di laluan itu.

pakcik Z tidak mengharapkan setiap orang yang lalu disitu untuk menghulurkan sedikit sumbangan untuknya. tetapi niatnya untuk mencari rezeki hanya kerana ALLAH. tetapi penglihatan beliau serta isterinya tidak sama seperti manusia normal. pakcik Z mengalami kecederaan di mata ketika kelahirannya dan doktor mengesahkan pakcik Z mengalami cacat kekal iaitu BUTA. isterinya Normah atau lebih mesra dengan panggilan Cik Mah, mengalami cacat kekal itu sewaktu umur 8bulan. dia mengalami demam panas dan doktor juga mengesahkan penglihatannya BUTA.

Itu semua sedikit pun tidak menghalang Pakcik Z dan Cik Mah untuk mencari rezeki. setiap hari jirannya akan menghantar mereka di laluan pejalan kaki itu. setiap kali ingin mendendangkan lagu, lagu yang pertama beliau dendangkan pastinya SUCI DALAM DEBU. dan setiap nyanyian itu akan diselangi dengan tangisan, beliau menyanyikan lagu tersebut untuk isteri kesayangannya, Normah.

setiap hari, pasti akan ada kecurian di dalam mangkuk kesayangannya. tetapi apakan daya, dia tidak mampu melihat. lantas dia menganggap bahawa "hantu" yang mencuri duitnya. sering kali Cik Mah mengeluh dengan pencuri tersebut dan mengadu kepada pakcik Z. Pakcik Z sempat bergurau dengan isteri kesayangannya "alah mah, toyol pun nak cari makan jugak". mereka ketawa bersama sambil Cik Mah memeluk erat tangan pakcik Z sambil berjalan ke perhentian bas untuk menunggu jirannya ambil dibawa pulang ke rumah.

pada suatu hari, rutin harian pakcik Z dan cik mah berjalan seperti biasa tetapi berbeza sedikit pada waktu malamnya. sedang dia menyanyi dia terdengar suara orang menjerit. "oi pencuri jangan lari!!!". dengan tenang pakcik Z bertanya kepada cik mah. "mah mah, toyol lari laju ke?". cik mah ketawa halus. "abang, saya pun tak pernah tengok toyol. mana lah saya tahu". sedikit kerisauan tidak terpancar di wajah mereka kerana mereka sudah biasa dengan perkara seperti itu. tiba-tiba pakcik Z terdengar seorang lelaki muda bercakap dengannya. "pakcik, dia ni curi duit pakcik". pakcik Z tenang lalu cuba menatap wajah pencuri itu dengan jari-jemarinya yang sedikit kasar. pakcik Z tidak melakukan apa-apa kepada pencuri tersebut tetapi hanya memberi pesanan sahaja. "anak, lain kali jangan jadi toyol tau. ALLAH nampak". pakcik Z tersenyum sahaja. pencuri tersebut memulangkan semula duit yang dicurinya. pakcik Z mengambil duit yang sedikit licin iaitu RM5 dan diberikan kepada pencuri tersebut dan berkata "anak, duit ni nanti buat makan ye?". pencuri tersebut merasa sangat sebak, dia nekad pada esok hari dan sampai bila-bila dia akan jaga pakcik Z dan cik mah dari gangguan pencuri. dia sangat terhutang budi kepada pakcik Z.

2tahun sudah berlalu. sekarang,laluan itu sudahpun sunyi sepi. pakcik Z serta isterinya telahpun meninggal dunia akibat dilanggar kenderaan sewaktu mereka melintas. laluan itu kini sepi, tiada lagi alunan muzik yang lunak. tiada lagi nyanyian untuk isterinya, tetapi cinta mereka hingga ke pintu syurga. InsyaALLAH.

Tuesday, February 8, 2011

kakiSOSIAL

macam biasa, harini aku kerja pukul 3 petang sampai pukul 11 malam. kerja nampak mudah tapi hakikatnya tidak. aku kerja sebagai tukang masak, tapi kerja aku bukan memasak sahaja. kadang-kadang aku potong sayur. kadang-kadang aku potong ayam.

lepas selesai semua kerja,aku lantas pulang ke rumah. aku sempat berangan di atas motosikal capok ku ketika dalam perjalanan pulang, bilakah nasib aku akan berubah. tetapi ianya tidak akan berubah jika aku tidak berusaha. setiap hari aku memikirkan tentangnya. sampai sahaja dirumah, aku terus tanggalkan pakaian ku dan membersihkan diri.

hari-hariku sentiasa di ulang dengan benda yang sama. aku bosan. setelah selesai membersihkan diri lalu aku terus melayari laman SOSIAL facebook. aku berjumpa rakan-rakanku secara maya. malamku menjadi siang manakala siangku menjadi malam. ibu dan ayahku sering bising jika aku bangun lambat, aku penat. terkadang itu aku terfikirkan bagaimana ayahku boleh bangun pukul 10 pagi sedangkan dia balik kerja pukul 4 pagi. aku cuba untuk mengikut rentaknya. namun aku gagal.

ibu pernah mengatakan kepada aku. "kau jangan sampai ayah pecahkan laptop kau" . aku buat tak tau sebab aku tak percaya. aku pergi kerja macam biasa dan kehidupan seharian aku berjalan seperti selalu. kerja, balik, facebook, bangun lambat.

tetapi kali ini berbeza, pukul 10 aku sudah dijeritkan untuk bangun dari tidur. ayah aku yang kejut. dia jerit. aku terkejut, lantas dia berkata. "jangan sampai ayah hempas laptop kau". daripada aku terbaring mamai, terus aku duduk dan mataku lantas segar. ayat itu keluar sendiri dari mulut ayahku. dia kesal dengan sikapku. aku menangis sendirian di dalam bilik ku. aku tidak tahu apa harus aku lakukan. aku bangun awal tapi aku tak kerja harini.


pukul 3 aku keluar rumah, pergi angsana. jalan sorang-sorang dan tengok gelagat orang ramai. aku menyesal dan aku sedih kerana menjadi anak yang tidak berguna kepada kedua ibu bapaku. sedang aku minum secawan air soya, ternampak aku seorang ayah menolak troli pusat membeli belah itu sambil melihat anaknya di dalam troli itu. ayah itu duduk di kerusi di kawasan "food court". aku melihat gelagat mereka, comel. lama kelamaan aku lihat anak kecil itu tertidur dan kepalanye condong sedikit. ayahnya menahan supaya kepala anaknya tidak bersandar di besi troli tersebut. lama ayahnya menahan, lebih kurang setengah jam. lantas si ayah menanggalkan topi di kepalanya lantas mengalaskan kepala anaknya. pengorbanan seorang ayah. air mataku bertakung, aku tahan.

aku terus beralih pandangan dan berjalan ke tempat lain, pengorbanan ayah dan ibu ku selama ini sangat lah besar. aku tekad aku akan cuba sedaya upaya untuk mengubah nasib keluarga ku walaupun sebelum ini aku sudah banyak kali menghampakan mereka. aku akan cuba kurangkan berSOSIAL di facebook. aku akan cari kerja lain. dan sejak dari hari itu aku sedar, berSOSIAL mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan.

"SOSIAL ADALAH SATU KEMAHUAN DAN BUKAN SATU KEPERLUAN"

Wednesday, February 2, 2011

HAPPY BIRTHDAY MANJA

kehadapan kekasih hati yang satu, tidak dapat ku ungkapkan betapa gembiranya dikau apabila dihari jadimu. tetapi telah ku hancurkan kegembiraan mu itu kerana bukan aku yang pertama mengucapkan selamat hari lahir di hari jadi mu. bukan ku sengaja melupakan tarikh keramat itu. dengan keadaan di tempat kerja telah membuatkan fikiran aku tidak menentu. terkadang itu terdetik rasa bersalah sangat-sangat apabila kau mengatakan, "syg,ur not the first one". haih~ hancurnya hati aku.

awak,walaupun saya bukan yang pertama mengucapkan happy birthday kat awak. sayang saya kat awak tetap sama. awak ceriakan hidup saya. awak takde saya sunyi, saya takde awak sunyi. senyum awak buatkan saya cair. awak, saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. saya selalu buat awak sedih. tapi saya nak awak tahu,saya sayang awak sangat-sangat FATIN LYANA RAHIMI. SANGAT-SANGAT.

Sunday, January 16, 2011

PAK CIK YANG SETIA DAN HAMPEH

aku rase tetibe entry aku kali ni ade sedikit berbaur sedih. aku tak tahu sebab apa. masa aku kat kampung harituh aku ada lah bertemu ngan sorang pakcik ni kat warung mak janda. die baru je duda sebab isteri dia meninggal. perbualan aku dirakam dalam kotak minda aku. dan sering bermain di fikiran.

aku : assalamualaikum pakcik. pakcik sehat?
pakcik : sihat alhamdulillah, jemputlah duduk.
aku : saya tiap-tiap hari nampak pakcik pergi kubur, bacakan tahlil dan siramkan kubur.
pakcik : pakcik bukan apa, pakcik cuma menjalankan permintaan daripada arwah.
aku : apa permintaan arwah sebelum die pergi?
pakcik : sebelum die pergi, dia ada ckp. kalau nak kahwin lain tunggulah rumput tuh
tumbuh dulu. jadi pakcik pun siram lah selalu agar rumput tuh tumbuh cepat.

aku pun tak berfikir panjang terus meminta izin untuk pulang kerumah. dalam hati aku berkata. "hampeh punye pakcik" huh!

Monday, January 10, 2011

SMOKE: KILLING YOU SOFTLY.

Rokok? Mane ada gaya. Gaya? Mane ada rokok. Setelah aku mengkaji sedikit demi sedikit tentang rokok ni bahawa ada satu bende yang sama pada setiap rokok. Ape bende yang sama? Iaitu ASAP rokok. Same tak? Haha. Rilek,jgn obses ngan aku,aku sebagai pemerhati secara senyap sahaja. Kat sini aku ade beberapa info yang tak berapa nak senang duduk kepada perokok tegar di seluruh dunia. Pada mat-mat saleh dan pakcik-pakcik arab, lu orang boleh pakai google translate ok.

Antara bahan-bahan yang terkandung dalam SEBATANG rokok. SEBATANG tau!!

  • Acetone (kepingan cat)
  • Tar (tar jalan raya)
  • Naphthylamine
  • Methanol (bahan pembakar roket)
  • Nicotine (racun serangga dan hama)
  • Pyrene
  • Naphthalena (mothballs)
  • Cadmium (bahan yang digunakan dlm bateri kereta)
  • Carbon Monoxide (gas beracun dlm ekzos kereta)
  • Bezopyrene
  • Vinyl Cloride (membuat pvc)***
  • Hydrogen Cyanide (racun dlm saluran gas)
  • Toluidine
  • Ammonia (pencuci lantai)
  • Urethane
  • Toluene (larutan industri)
  • Arsenic (racun semut putih)
  • Nickel
  • Phenol (ubat pembasmi dan pembunuh kuman)
  • Butane (bahan pembakar pemetik api)
  • Polonium-210
  • DDT (racun serangga)

Aku rasa kalau kumpul sume paru-paru orang yang merokok kat satu dunia ni boleh buat cat,boleh buat minyak untuk tar jalan raya,blh buat minyak roket,boleh buat racun serangga, blh buat bateri kereta, blh buat batang paip PVC, blh buat cuci lantai dan macam-macam lagi lah. Whoaa~ satu penjimatan kan? Ade sesape nak sumbang peparu? Blh contact sepital peparu mesia di number 999.

Habis sudah cerita pasal bahan-bahan yang terkandung dalam sebatang rokok. Semua perokok mengharapkan yang mereka akan berhenti merokok tetapi itu hanya lah angan-angan mereka kerana mereka akan menjadi tidak keruan bila rokok takde. Sedikit petua aku akan bagi kat kengkorang yang smoke tuh,harap korang dapat praktikkan,berlaku jujur dengan diri sendiri ok.

  • Buat-buat bizi,so korang akan lupe untuk merokok.
  • Minum air masak banyak-banyak sampai air kencing korang pun jadi jernih.
  • Menarik nafas panjang sepanjang 3meter. (ukur sendiri)
  • Jauhkan diri korang dengan orang yang merokok sbb nanti korang akan teringin utk merokok.
  • Kunyah sesuatu,contohnye singgam ke, getah tempe ke, tiub tayar ke.
  • Buat senaman regangan, bukan senaman tegangan. Sila Faham
  • Memohon doa dan tawakal selepas korang cube sedaya upaya.

Kalau korang dah ikut petua tapi macam tak jalan jugak, ni aku bagi sikit kaedah untuk korang berhenti merokok. Cube untuk lakukan,korang pasti akan Berjaya.

  • Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok, jangan pulak tarikh tuh sentiasa diubah.
  • Yakinkan diri, kalau tak yakin jugak korang blh mohon untuk masuk PLKN.
  • Buat nota peringatan, buat la note kat henpon. Tampal note kat dahi ke. HAHA
  • Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok". Jangan plak da kata mcm tuh lu orang gi isap gam.
  • Sentiasa berfikiran positif. Kalau tak blh nak pikir positif korang jumpe cikgu kaunseling skola.
  • Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga sahabai handai dan kereta Hyundai.
  • Lawan keinginan untuk merokok, bukan lawan bertumbuk ataupun bertekak. Tp nafsu.
  • Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai, JANGAN PEGI TEMPAT URUT BATIN SUDA!!!
  • Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

Lepas korang Berjaya berhenti merokok korang akan mengalami satu situasi yang berlainan yang korang sendiri tak kan perasan. Apebende kelainan nye?

  • Dapat menghindari racun
  • Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
  • Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak,anak-anak pun tgk sedap je mata memandang. Diorang mesti ckp,sejuk perut nenek diorang ngandungkan korang. HAHA.
  • Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
  • Meningkatkan deria rasa dan bau, kalau pas benti smoke ni korang akan lebih peka kepada bau-bau najis.
  • Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
  • Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat. Kalau korang kumpul duit bli rokok tuh boleh buat bli “Lamborghini Bergado” tau tak?
Kesan Asap Rokok terhadap isteri dan anak

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri:-

  • Isteri korang akan melahirkan bayi yg tak cukup berat badan contohnye 0.2kg, pergh! Tulang je kot. Gile ah!!
  • Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan,tidak cukup tahun dan tidak cukup masa.
  • Lebih terdedah kepada kanser, kalau kanser payudara aku tak tau.
  • Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal, yang ini paling bahaya.

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak:-

  • Lebih mudah mendapat lelah,kalau kat skola cikgu suh lari keliling padang pastuh budak tuh ckp lelah,tuh sume tipu tuh. Budak tuh malas nak lari,sbb aku penah buat time skola. HAHAHA.
  • Mendapat jangkitan paru-paru,sebab asap rokok yg korang isap tuh anak korang pun sedut skali.
  • Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu, ini disebabkan kanak-kanak tak dibenarkan makan paru lembu. Bahaya woo.
  • Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak, budak-budak pn blh ketagih tau.
  • Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok, kalau kecik-kecik pn da sedut asap rokok. Pastuh da besar ketagih rokok. Mane tak mampus cepat.

Fuh~ panjang lebar macam jalur lebar aku cite pasal rokok ni. Al-maklumlah nak beri kesedaran kepada mereka yang merokok tuh je. Untuk kite-kite aje. Eh? Xde kene mengena. So kepada makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang dok gentel tembakau sambil baca entry saya ni, hentikan lah. Dah hitam legam dah gigi tuh,gigi itam takpe jgn paru-paru itam ye tak?

p/s: aku teringat iklan rokok kat tb, Don’t Break my heart.